Selamat Datang Ke Portal Rasmi Sektor Pendidikan Islam
MAJLIS TADARUS AL-QURAN KALI KE-8 PERINGKAT NEGERI SARAWAK 1433H / 2012M
Majlis Tadarus al-Quran, Festival Nasyid dan Khat Jawi Peringkat Negeri Sarawak akan diadakan pada :
Tarikh : 5 hingga 7 Mei 2012
Tempat : MRSM Betong
Kepada warga pendidikan di Betong dijemput hadir untuk memeriahkan majlis tersebut. Terima kasih
PENCALONAN JURULATIH UTAMA KSSR PENDIDIKAN ISLAM DAN BAHASA ARAB TAHUN 3Perhatian kepada Unit Pendidikan Islam di PPD, mohon untuk mengisi pencalonan Jurulatih Utama (JU) untuk KSSR Pendidikan Islam dan Bahasa Arab seperti mana yang dipersetujui semasa Mesyuarat Penyelia Pendidikan Islam Bil.1/2012. Kembalikan pada atau sebelum 9 April 2012 melalui emel Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya atau Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya . 2. Bahan OPI Pencalonan Anugerah Maal Hijrah KPM 2012Tuan/puan yang dihormati sekalian, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan mengadakan Sambutan Maal Hijrah 1433H/2012M Peringkat KPM. Bagi tujuan sambutan tersebut, tuan/puan dijemput untuk mencalonkan Pegawai atau Anggota Khidmat Sokongan di Jabatan/Bahagian/Sekolah tuan/puan bagi anugerah tersebut. Terdapat beberapa kategori pencalonan seperti di bawah: Kategori : Pengurusan Pendidikan Borang pencalonan dan panduan mengisi borang tersebut boleh dimuat turun di Menu >> Muaturun >> PDSI >> Maal Hijrah atau klik [Maal Hijrah KPM 2012]. Sekian, dimaklumkan. Instrumen Perolehan 2012Satu program pemantauan aset perolehan dan perkhidmatan di SABK akan dilaksanakan bermula dari bulan Mac 2012 di Negeri Sembilan dan seterus negeri-negeri lain. Pihak sekolah dipohon membuat penilaian awal secara kendiri menggunakan instrumen yang boleh dimuat turun di Menu >> Muaturun >> Borang di Portal Bahagian Pendidikan Islam, KPM. atau klik [ Instrumen Perolehan 2012 ] Bahagian Pendidikan Islam bersama Sektor Pendidikan Islam Negeri akan memeriksa aset-aset perolehan yang diterima oleh pihak sekolah sebelum ini dan juga perkhidmatan yang sedang dilaksanakan di sekolah iaitu perkhidmatan makanan bermasak (BMA), perkhidmatan kawalan keselamatan (PKK) dan perkhidmatan kebersihan bangunan dan kawasan (PKBK).
Pihak sekolah dan juga syarikat dipohon memberi kerjasama bagi memastikan pelaksanaan program ini mencapai matlamatnya. Borang Analisis STPM 2012Borang Analisis STPM 2012 boleh dimuaturun melalui Portal Rasmi Bahagian Pendidikan Islam di www.bpi.edu.my menerusi Menu >> Muaturun >> Analisa Peperiksaan >> STPM [Analisis STPM] atau klik di Borang tersebut adalah untuk kemudahan sekolah menghantar analisis STPM 2012.
Terakhir dikemaskini (Selasa, 13 Mac 2012 14:02) |






















